15 September 2012

Wang Polimer Bermasalah atau Kita yang Bermasalah?

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kewujudan sebuah 'fan page' di Facebook yang mengutuk wang polimer Malaysia siri baharu. Katanya, wang polimer akan mengecut apabila diletakkan di dalam kereta ketika waktu panas dan akan hilang warnanya apabila direndam ke dalam sejenis cecair (dipercayai peluntur). Sila lihat gambar di bawah.

Gambar sebelum dan selepas direndam ke dalam peluntur
Dari gambar di atas, nampak sangat mereka ini menipu dan sengaja mereka-reka cerita. Duit yang sedang mengecut itu sebenarnya sudah di seterika. Bukannya diletakkan di dalam kereta ketika waktu panas terik. Wang polimer boleh bertahan sehingga 120 darjah Celcius.
Suhu di Malaysia tak sampai 40 darjah pon. Jika benarlah wang tersebut mencair, kenapa sticker road-tax yang lekat dekat cermin depan kereta tak cair sekali? Kenapa ketika penggunaan duit RM5 polimer (siri Wawasan 2020) tak pernah dibangkitkan masalah ini? Kenapa baru sekarang? Kenapa hanya berlaku di negara kita sahaja?

Gambar yang kedua pula katanya dia merendam duit RM1 ke dalam cecair peluntur selama 24 jam bersama-sama seluar jeans miliknya (seluar jeans pon nak rendam dalam clorox???). Selepas 24 jam, dia mendapati duit tersebut sudah hilang warnanya. Cerita yang sebenarnya, dia sengaja merendam duit tersebut ke dalam cecair peluntur dan menggosoknya dengan berus/span. http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2012/09/wang-polimer-luntur-fakta-atau-auta.html 










7 comments:

kurosagi said...

bro~ lets not talk politic about these people~ mereka mahu sembang politik, itu saya tak mahu campur~ politik bukan bidang saya~

the only thing real about them is they only know how to complain~ everything is done seems not right for them~ in the other hands, they have no idea that BNM has nothing to do with government even though BNM receive order directly from ONLY FINANCIAL MINISTER~ but the order is not necessary applicable~ & BNM making decision on making banknotes have nothing to do with either politics or "decreasing Ringgit value" ~ LOL~

Muhammad Zulhilmi said...

Diaorg hanya tahu complain saje. Semua benda tak kena... puiii

Zhafri Zanuddian said...

mmg tol tu org tu x reti bersyukur..patutnya dok dlam longkang jee kutuk mcam2 hasut2 orang..bia mampos pon x pe org jenis cam tu.

Anonymous said...

duit jenis ini jika diletakkan dibawah matahari terik terlalu lama memang akan mengecut(tidak percaya cuba test!!)

Muhammad Zulhilmi said...

Yang kome pergi letak bawah matahari terik tu bakpo? Berat nanang...

Anonymous said...

kenapa duit polimer senang sangat terkoyak.. lepas tu nak beli barang da tak laku.. ape penyelesaiannye..??

Muhammad Zulhilmi said...

Duit polimer sebenarnya memang tahan lama. Tapi, kalau ada sedikit koyak kat tepi, memang senang dikoyakkan.

Duit yang telah koyak boleh disambung semula pakai salotape.

Cadangan saya, BNM buat duit syiling RM1 dan RM2.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...