22 February 2013

Duit Syiling Singapura Siri Ketiga



SINGAPURA: Penduduk di Singapura akan menggunakan set duit syiling siri baharu yang akan muncul di edaran menjelang pertengahan tahun ini.

Duit syiling siri kedua telah mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan memaparkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan, yang menggambarkan Singapura sebagai sebuah bandar taman.


Duit syiling siri ketiga memaparkan lima ikon dan tempat kebangsaan Singapura iaitu Merlion, Pelabuhan Singapura, Changi Airport, Perumahan Awam dan Esplanade.

Sebagai contoh, rumah pangsa HDB iaitu rumah kepada lebih daripada 80 peratus rakyat di Singapura - akan dipaparkan pada duit syiling 10 sen manakala Esplanade pada duit syiling 5 sen.

"Duit syiling mencerminkan peristiwa, individu dan simbol penting kepada negara. Duit syiling siri baharu ini menggambarkan ikon tempatan dan mercu tanda yang sudah lazim kepada rakyat di Singapura dan mencerminkan pelbagai aspek kemajuan Singapura sebagai sebuah negara," kata Ravi Menon, Pengarah Urusan Monetary Authority of Singapore (MAS).

Setiap denominasi duit syiling siri baharu ini mempunyai tandatangan elektro-magnet, yang membolehkan mesin layan diri (vending machine) untuk mengesan mana-mana duit syiling palsu dan asing.

Duit syiling $1 mengandungi ciri-ciri keselamatan tambahan seperti komposisi dwi-logam (bi-metal) dan ukiran laser tanda mikro dalam bentuk bunga kebangsaan Singapura iaitu bunga Vanda Miss Joaquim.

Duit syiling siri baharu ini akan mempunyai angka denominasi yang lebih besar untuk memudahkan orang ramai mengenal pasti membuat perbezaan setiap denominasi duit syiling siri baharu terutama sekali bagi mereka yang mempunyai daya pengelihatan yang terbatas. 

Puan Foo-Yap Siew Hong, Penolong Pengarah Urusan MAS, berkata, "Duit syiling Singapura siri kedua telah mula diperkenalkan lebih daripada 25 tahun yang lalu. MAS akan terus bekerjasama dengan pihak yang terlibat untuk melicinkan proses peralihan siri baharu duit syiling ini."

MAS berkata mereka telah bekerjasama dengan pengusaha pengangkutan awam untuk memastikan semua mesin yang mengendalikan duit syiling siri baharu di stesen MRT / LRT sudah bersedia untuk menerima kedua-dua siri duit syiling sebelum hari pelancarannya. 

Untuk memastikan proses peralihan yang lancar, duit syiling siri kedua akan terus sah diperlakukan dan akan dibawa keluar dari edaran secara berperingkat dalam masa 4 tahun yang akan datang. 


Video: 



Maklumat tambahan:
Duit syiling 5 dan 10 sen masih lagi mengekalkan saiznya yang asal manakala duit syiling 20 dan 50 sen lebih kecil berbanding siri yang sebelumnya. Duit syiling $1 pula mempunyai saiz yang lebih besar berbanding siri terdahulu. 

Bahagian tepi bagi setiap duit syiling juga berbeza-beza untuk memudahkan mereka yang kurang daya pengelihatan untuk membezakannya. 

Spesifikasi teknikal duit syiling siri ketiga: 
 

Gambaran duit syiling $1 siri ketiga



P/S: Saya sangat suka dengan reka bentuk duit syiling siri baharu ini yang kelihatan sangat ringkas tetapi pada masa yang sama juga ia menarik dan unik. Mungkin dalam masa yang terdekat, MAS akan menerbitkan siri matawang Singapura siri baharu.

Apa pandangan anda mengenai duit syiling siri baharu ini? Sila tinggalkan komen anda pada runagan komen di bawah ini.

Untuk maklumat lanjut, sila klik laman web rasmi MAS:
MAS - Duit Syiling Singapura Siri Ketiga

2 comments:

Kantha Rao said...

Memang cantik 1 dollar tu.. Rekabentuk yang unik..

Muhammad Zulhilmi said...

Huhu.. Ya, sangat menarik. Dah serupa macam con Canada siri baharu.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...