15 March 2013

Shahidan Bayar Denda FAM Guna Syiling

Keratan akhbar Harian Metro - Jumaat (15-Mac-2013)

KELANA JAYA – Berhubung dengan kes YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim yang melanggar artikel 88, beliau telah melunaskan denda sebanyak RM 39,869.00 di Wisma FAM Pagi ini. Walaubagaimana pun, beliau memutuskan untuk membayar wang denda menggunakan duit syiling sebagai tanda ketidakpuasan hati belau terhadap FAM.


Wang syiling yang bernilai lebih RM39 ribu telah disampaikan oleh wakil beliau saudara Hamunir Bin Hamzah, Pemangku Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Perlis (PFA). Wang syiling tersebut disampaikan terus kepada wakil FAM Dato Haji Fuad Bin Daud, Penolong Setiausaha Persatuan Bola Sepak Malaysia FAM.


Turut hadir menunjukkan bantahan berhubung kes yang menyebabkan Shahidan Kassim digantung jawatannya dalam FAM dan PFA ialah seramai lebih 40 orang penyokong tegar bola sepak Negeri Perlis. Satu demonstrasi aman telah diadakan di hadapan pintu masuk Wisma FAM.

Walaubagaimana pun, demonstrasi tersebut berjalan dengan lancar dan tiada sebarang kekecohan berlaku. Semua penyokong yang datang dari Perlis mengambil inisiatif menggunakan wang perbelanjaan sendiri. Masing-masing hadir bagi menunjukkan bantahan dan ketidak puasan hati rakyat Perlis kepada FAM.


Masing-masing berpakaian seperti orang kampung berkain pelikat dan berbaju lusuh sambil menyandang gandar sebagai simbolik membawa wang syiling untuk diberikan kepada FAM.
YB Shahidan Kassim yang telah sekian lama menerajui bola sepak negeri Perlis dan menyumbang pelbagai bakti membuatkan penyokong-penyokong bola sepak Perlis berang dengan keputusan FAM.

Sumber: Suara Generasi Baru



No comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...