03 April 2013

Duit Syiling Peringatan Singapura Siri Ketiga



Laman web The Singapore Mint telah mula membuka tempahan kepada orang ramai terutamanya pengumpul duit syiling peringatan (commemorative coins) untuk memiliki set duit syiling peringatan Singapura siri baharu yang didatangkan khas dengan pek cenderamata yang sangat menarik. Terdapat 3 set duit syiling peringatan yang telah mula dijual. Antaranya termasuklah:




Set Individu (Single Set)
Set Single
(Duit syiling siri ketiga sahaja)
Harga Jualan: SGD15.00
Jumlah Keluaran: 50,000 set

Ditempa Oleh: Royal Canadian Mint


Set 2-dalam-1 (Set 2-in-1)

Set 2-in-1
(Duit syiling siri kedua dan siri ketiga)
Dibungkus dan Diedarkan oleh: The Singapore Mint














Harga Jualan: SGD35.00
Jumlah Keluaran: 100,000 set

Duit Syiling Siri Kedua Ditempa Oleh: The Singapore Mint
Duit Syiling Siri Ketiga Ditempa Oleh: Royal Canadian Mint
Dibungkus dan Diedarkan oleh: The Singapore Mint

Nota: Duit syiling siri kedua mempunyai tarikh tempaan tahun 2013.






Set Duit Syiling Perak Peruf (PROOF) Bersadur Emas
(Silver PROOF Coin Set with Gold Plated)



Silver Proof Set
(Duit syiling siri ketiga sahaja)
Harga Jualan: SGD280.00
Jumlah Keluaran: 20,000 set

Ditempa, Dibungkus dan Diedarkan oleh: The Singapore Mint

Nota: Kesemua duit syiling diperbuat daripada perak dengan ketulenan 999 (fine silver). Duit syiling 5sen dan $1 disadur dengan emas. Bunga kebangsaan Singapura, Vanda Miss Joaqium telah diwarnakan dengan warna.






Set Duit Syiling Singapura Siri Ketiga
(set silver peruf dengan saduran emas)


Berdasarkan maklumat yang saya terima dari laman web rasmi The Singapore Mint, set duit syiling ini akan mula diedarkan kepada para pengumpul (collectors) mulai 26 April 2013 nanti. Namun, tempahan awal telah dibuka sejak awal bulan Mac yang lalu.

Untuk mendapatkan set duit syiling peringatan ini, anda boleh melayari laman web rasmi The Singapore Mint untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut. 

2 comments:

kurosagi said...

fuh, ada color tu yang terbaik tu~
syok hang jadi orang JB ek, mudah & pantas nak mendapatkannya~ setakat ++ harga cari makan kita boleh accept o~

kalau boleh nak single set je~ huhu~ tak kaya~

Ed Unics said...

cun....

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...