27 December 2013

Hias Studio Guna 16 Tan Wang Kertas

Nanjing: Seorang jutawan China menghiasi ruangan studio di sebuah stesen televisyen di negara itu dengan timbunan wang miliknya.
Chen Guangbiao membawa wang kertas 100 yuan seberat 16 tan yang diisi dalam tong untuk menghias studio berkenaan.
Dia berbuat demikian untuk mempromosikan lonjakan ekonomi yang dijana pentadbir Nanjing, ibu negeri Jiangsu kelmarin.

Sebagaimana dipetik daripada Chinadaily, wang berkenaan dibawa ke stesen televisyen terbabit dengan trak besar dan memerlukan 20 orang untuk menghiasi studio berkenaan selama lima jam.

CHEN bersama hiasan not kertas 100 yuan di sebuah studio stesen televisyen di Nanjing, China.

Wang not 100 yuan dilihat tersusun dengan rapi di studio itu. Chen berkata, ini kali ke-6 dia menggunakan wang sebagai latar belakang untuk tujuan promosi amal sejak 2010.
Chen juga menegaskan dia bersikap terbuka jika pihak berkuasa ingin melakukan pemeriksaan mengenai aktiviti perniagaannya. 

Berdasarkan laporan media China, Hurun, kekayaan Chen mencecah AS$576 juta (RM1.8 bilion) pada 2010.

Selain kaya raya, Chen turut dikenali sebagai usahawan pemurah. Dia pernah membahagi wang di jalan raya dengan mengedarkan sampul surat berwarna merah yang berisi wang tunai di dalamnya. - Agensi
SUMBER: myMetro

No comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...