25 December 2014

Majlis Pelancaran Duit Syiling dan Setem Peringatan Sempena Sambutan 40 Tahun Pemerintahan Sultan Pahang

KUALA LUMPUR - Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah berkenan merasmikan majlis pelancaran Duit Syiling Peringatan dan Setem Kenang-Kenangan sempena sambutan 40 tahun pemerintahan baginda, di sini hari ini.

Majlis tersebut menyaksikan keluaran syiling peringatan dan setem kenangan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang yang menduduki takhta bagi tempoh tersebut.


Duit Syiling Emas 1oz 999.9
(tanpa nilai muka - without face value)
Syiling peringatan itu dijual dengan harga RM6,999 sekeping dan hanya dikeluarkan sebanyak 3,999 keping. Sementara setem kenangan itu dijual dengan harga RM19.10 bagi satu set folder lengkap (20 keping).

Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.

Terdahulu Adnan dalam ucapannya berkata, pengeluaran setem itu sangat penting bagi generasi akan datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemerintahan Sultan Pahang.

Duit syiling peringatan tersebut boleh didapati melalui tempahan daripada Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd, manakala setem kenang-kenangan itu akan dijual di semua pejabat pos seluruh negara mulai 29 Disember ini. - Bernama

SUMBER: Khabar Pahang

29 October 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Taman Negara ke-75

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan set duit syiling peringatan sempena ulang tahun Taman Negara ke-75.

Set duit syiling ini akan mula dijual mulai 28 November hadapan (iaitu 1 bulan dari sekarang). 




Berikut merupakan maklumat dan spesifikasi RINGKAS mengenai duit syiling ini:

1- Duit Syiling Peringatan Emas Peruf (Gold Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy)Emas (Gold) 
Berat (Weight): 7.96 gram
Ketulenan (Purity): 99.99

Nilai Muka (Face Value): RM100
Jumlah Keluaran (Mintage)500 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price): RM1,800 sekotak


2- Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna Peruf (Coloured Silver Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy)Perak (Silver) 
Berat (Weight): 31.10 gram
Ketulenan (Purity): 99.9

Nilai Muka (Face Value): RM10
Jumlah Keluaran (Mintage)2,000 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price)RM200 sekotak


3- Duit Syiling Peringatan Emas Nordic BU [LEBIH DIKENALI SEBAGAI COIN CARD]
(Nordic Gold Brilliant Uncirculated Commemorative Coin) 

Logam (Alloy): Kuprum, Zink, Aluminium, Timah (Copper, Zinc, Aluminium, Tin) 
Berat (Weight): 8.5 gram
Ketulenan (Purity): (mengikut urutan di atas) 89%, 5%, 5%, 1%

Nilai Muka (Face Value): RM1
Jumlah Keluaran (Mintage)25,000 keping sahaja
Harga Jualan (Selling Price)RM10 sekeping


Sudah menjadi kelaziman bagi Bank Negara Malaysia untuk menjual set-set duit syiling ini dalam bentuk set lengkap dan separa-lengkap.

SET OF 2: Emas Nordic + Perak Peruf (Nordic Gold + Silver Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage)750 set
Harga Jualan (Selling Price)RM250 sekotak 

SET OF 3: Emas Nordic + Perak Peruf + Emas Peruf (Nordic Gold + Silver Proof + Gold Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage)750 set
Harga Jualan (Selling Price)RM2,100 sekotak 

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELINYA DI BANK NEGARA MALAYSIA, SILA RUJUK ARTIKEL SAYA DI SINI: http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2013/11/duit-syiling-peringatan-sempena-ulang.html

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=3088&lang=en

14 September 2014

Tiga Jenis Wang Kertas RM50 Siri Baharu Sempena Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi meminjamkan sebahagian daripada gambar koleksi peribadi mereka untuk dipaparkan di blog saya. Terima kasih banyak-banyak.

Pada penghujung tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas peringatan sempena sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia. Wang kertas RM50 edisi khas ini dikeluarkan sebanyak 50,000,000 keping (lima puluh juta keping). Ia telah dibahagikan kepada 2 bahagian - iaitu untuk dijual dengan folder dan untuk edaran biasa.

26 Disember 2007 - BNM telah mengeluarkan wang kertas RM50 edisi khas. Ia merupakan denominasi mata wang siri baharu yang pertama dikeluarkan. Ia hanya dicetak sebanyak 20,000 keping (dua puluh ribu) sahaja bermula dengan nombor siri AA 0000001 sehingga AA 0020000. Harga jualan rasmi BNM ialah RM60 per set.


Apa yang membezakan wang ini dengan wang edaran biasa ialah warna keemasan pada bahagian kiri dan kanan wang kertas. Disebabkan rupa dan warnanya yang sedemikian rupa, kami menggelarnya sebagai GOLDLINE (idaman kepada setiap pengumpul mata wang Malaysia - termasuk saya).

Masih saya ingat lagi harga yang ditawarkan oleh seorang penjual mata wang di Facebook 5-6 tahun yang lalu, iaitu sekitar RM350 sehingga RM400 sahaja. Namun, sekarang harganya sudah melonjak naik sehingga RM700 malahan ada yang sehingga ribuan ringgit (terutama sekali wang yang telah dihantar ke PMG di USA).

28 Januari 2008 - Wang kertas RM50 edisi khas untuk edaran biasa telah dicetak dan dikeluarkan sebanyak 49,980,000 keping (empat puluh sembilan juta sembilan ratus lapan puluh ribu keping). Ia bermula dari prefx AA 0020001 sehingga AE 10000000. Jumlah tersebut termasuk prefix wang gantian ZA (replacement note).

Wang Kertas Peringatan - Untuk Edaran Biasa
Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1uNkWrJ
Malangnya, wang ini 'tidak bertahan lama' pada awal pengeluarannya. Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menarik balik wang ini dari edaran buat sementara waktu. Hal ini demikian kerana timbul beberapa masalah kepada orang ramai.

Antara masalah yang timbul pada waktu itu ialah kebanyakkan mesin deposit wang kertas (Cash Deposit Machine) tidak dapat mengenalpasti wang kertas tersebut lantas telah menyukarkan masyarakat.

Namun begitu, masalah ini telah dapat diatasi beberapa bulan kemudian dan wang kertas ini telah diletakkan semula dalam edaran.

15 Julai 2009 - BNM telah mengeluarkan not RM50 dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mencegah sindeket pemalsuan mata wang. Ia bermula dengan nonbor siri AF 0000001 dan akan diteruskan sehingga semua prefix telah diguna pakai. Prefix wang gantian pula bermula dari prefix ZB 0000001.

Wang Kertas RM50 Tanpa Logo Jubli Emas - Edaran Biasa
Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1oJJtKw
Antara ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan ialah benang sekuriti dengan warna ubah-ubah (dari merah kepada hijau) dan unsur cahaya berpendarfluor dua warna (sila rujuk gambar di bawah).

 

Selain itu, antara perbezaan yang agak ketara ialah tiada lagi logo 'Jubli Emas 50 Tahun Kemerdekaan', angka '1957-2007', tandatangan gabenor BNM yang lebih besar, potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' dan 'RINGGIT MALAYSIA' yang lebih kecil.

TAMBAHAN:
Jalur hologram sekuriti Longlasting Economical Anti-Copy Device (LEAD) dan JENIS KERTAS YANG DIGUNAKAN juga agak berbeza berbanding dengan wang edisi khas (bagi prefix AF sehingga CZ). (saya akan update lagi pada masa akan datang). 


Ada sebilangan rakan saya berjaya mendapatkan not RM50 goldline ini secara FACE VALUE (nilai muka) dari edaran biasa. Hampir kesemua wang yang ditemui adalah dalam keadaan CIRCULATED (iaitu dalam kondisi 'Very Fine').

Pada pandangan peribadi saya, berkemungkinan besar tuan empunya wang tersebut terpaksa memakai wang tadi untuk membeli barangan di kedai. Ataupun anak dia terpakai duit koleksi ayah dia buat beli jajan.

Wang Polimer RM50 Sempena Sukan Komanwel XVI di Kuala Lumpur



Kepada mereka yang sering tertanya-tanya, duit apakah ini? Duit baru ke? Tidak =) 

Wang polimer ini dikeluarkan pada tahun 1998 bagi memperingati Sukan Komanwel yang telah diadakan di Kuala Lumpur, Malaysia. 

Gambar Belakang
Set wang polimer ini ditandatangani oleh Gabenor Bank Negara Malaysia yang ke-5, iaitu 
Tan Sri Dato' Ahmad bin Mohd Don (Mei 1994 - Ogos 1998). 

FAKTA MENARIK MENGENAI WANG POLIMER INI: 
  1. merupakan wang polimer yang pertama di Malaysia dan yang ke-10 di dunia 
  2. saiznya lebih besar berbanding wang RM50 sekarang
  3. berlaku kesilapan pada penggunaan perkataan 'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI' - yang sebetulnya ialah 'WANG INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI' kerana ia bukan diperbuat daripada KERTAS, sebaliknya POLIMER. 
'WANG KERTAS INI SAH DIPERLAKUKAN DENGAN NILAI' 
Harga Jualan BNM (1998):   RM80 termasuk folder
Harga Pasaran (2014):         RM100 - RM120 per set 

Jumlah Keluaran: 500,000 keping sahaja [tak termasuk set 'Duit Bercantum' (Uncut Banknotes)]
Nombor Siri: KL/98 000001 - KL/98 500000

Ciri-Ciri Keselamatan: Potret Hologram dengan Warna Ubah-Ubah
Mercu Tanda di Kuala Lumpur
Stadium Utama Bukit Jalil



03 July 2014

Singapura Akan Menghentikan Pengeluaran Wang Kertas $10,000 Mulai 1 Oktober Ini

Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas $10,000 mulai 1 Oktober ini. Hal ini demikian bagi mengurangkan risiko penggubahan wang haram di republik itu.

Selain itu, wang kertas $10,000 juga jarang digunakan oleh orang awam kerana nilainya yang sangat besar.

Malahan ada juga segelintir masyarakat di republik tersebut tidak mengetahui mengenai kewujudan not $10,000 tersebut selama ini.

Wang Kertas $10,000 Republik Singapura 
Di Singapura, anda dikehendaki mengisi borang sekiranya anda ingin mengeluarkan atau mendepositkan akaun bank anda menggunakan not $10,000.

Wang kertas $10,000 yang berada di edaran masih sah diperlakukan dan akan ditarik balik dari semasa ke semasa.

Untuk makluman semua, wang kertas $10,000 Singapura merupakan antara wang kertas yang mempunyai nilai muka (face value) paling tinggi di dunia.

Wang Polimer $10,000 Negara Brunei Darussalam

Seperti yang kita ketahui, Negara Brunei Darussalam juga mempunyai wang polimer berdenominasi $10,000. Adakah Negara Brunei Darussalam juga akan memansuhkan pengeluaran wang berdenominasi tinggi seperti Singapura?

Sama-sama kita nantikan. =)

05 June 2014

Cara-Cara Menyemak Ketulenan Wang Kertas RM50

Baru-baru ini, berita mengenai sindiket pemalsuan dan pengedaran wang kertas palsu kepada peniaga-peniaga pasar malam sedang menjadi bahan bualan orang ramai di media sosial.

Berikut merupakan TIPS dan CARA yang mudah dan pantas untuk mengenalpasti sama ada wang kertas RM50 yang anda ada merupakan wang kertas yang asli atau tidak.

Kebanyakkan ciri-ciri keselamatan yang ada pada wang kertas RM50 ini ada pada kesemua mata wang Malaysia yang lain. Jadi, anda boleh menyemak wang-wang yang berdenominasi lain juga.

Sekiranya anda mendapati bahawa permukaan wang kertas tersebut licin, warnanya pudar dan sesetengah perkataan tidak jelas, sila semak wang anda berdasarkan maklumat tambahan di bawah.


1- Potret Tera Air (Watermark Portrait)

Apabila wang kertas dihalakan ke arah cahaya, potret Seri Paduka 
Baginda Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Rahman Ibni Almahrum Tuanku Muhammad dengan kesan 3-Dimensi akan jelas kelihatan beserta 
angka '50' di bawahnya.







2- Jalur Hologram (Holographic Stripe)
Angka '50' dan imej 'Bunga Raya' akan berubah warna dan corak apabila
wang kertas disengetkan sedikit.







3- Imej Pendam Pelbagai Warna (Multi-Color Latent Image)
Angka '50' akan jelas kelihatan apabila wang kertas ini disendengkan dan diputarkan.






4- Benang Keselamatan dengan Warna Ubah-Ubah 
Benang sekuriti ini 'ditanam' di dalam wang kertas. Apabila wang kertas ini dihalakan ke arah cahaya, satu jalur lurus dengan perkataan 'BNM RM50' akan jelas kelihatan - dan akan berubah warnanya apabila disengetkan (daripada merah/coklat kepada hijau).






Untuk mendapatkan kepastian dengan lebih mendalam, anda boleh menggunakan beberapa alatan yang sering digunakan di kedai-kedai runcit, pengurup wang berlesen dan di kebanyakan stesen pam minyak. Peralatan yang saya maksudkan ialah lampu ultra-ungu (UV Light) atau lebih dikenali sebagai Money Detector dan kanta pembesar.

1- Tulisan Mikro (Micro-Lettering)
Tulisan-tulisan mikro (kecil) dapat dilihat dengan jelas di bawah kanta pembesar





2- Benang Fiber Keselamatan (Security Fibre) 
Apabila disuluh dibawah lampu UV, benang-benang fiber yang halus ini dapat dilihat dalam 3 warna iaitu merah, biru dan kuning.








3- Imej, Teks dan Elemen Berpendaflour Dwi-Warna



01 June 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China ke-40

Insya-Allah, pada 27 Jun ini (hari Jumaat), Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan sempena sambutan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang ke-40.

Sejak akhir tahun lepas lagi, para pengumpul duit syiling peringatan di Malaysia sudah mula bercerita mengenai 'Duit Syiling Panda' sempena kehadiran 2 ekor panda ke Malaysia yang telah dipinjamkan oleh negara China baru-baru ini.

Nampak gayanya, kali ini tak ada panda... hehehehe (sekali KLCC dengan Tembok Besar daaaaa)...











(sila klik READ MORE)

10 March 2014

Cara Tukar Duit Rosak di Bank Negara Malaysia


Image credit to: Mohd Radzi Ramli
Anda ada simpan duit kertas rosak dekat rumah? Jika ya, jangan dibuang! Berkemungkinan besar wang kertas rosak yang anda simpan masih lagi bernilai sekiranya ditukar di Bank Negara Malaysia.

Bank Negara Malaysia menerima wang kertas dan duit syiling yang tidak sesuai untuk edaran untuk ditukar kepada duit baharu seperti duit terbakar, terkoyak, berlubang, kotor/lusuh, kecut (kebanyakkannya duit polimer/plastik), dimakan anai-anai, luntur warna, cacat, hilang ciri-ciri keselamatan dan banyak lagi. 

Image credit to: dabeldeya.blogspot.com

05 March 2014

Adakah ini Wang Kertas Error, Palsu atau Rosak?

Pernahkah anda melihat duit seperti ini? Duit RM10 tanpa jalur hologram di sebelah potret Agong?

Jika anda pernah menerima duit seperti ini, janganlah risau atau terkejut. Ia merupakan wang kertas ASLI (ORIGINAL). Cuma, jalur hologramnya telah tertanggal sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Nama sebenar jalur hologram ini ialah Longlasting Economical Anticopy Device (LEAD).

Wang kertas ini bukanlah duit error atau cacat - tetapi ia adalah duit rosak.




07 February 2014

Mesin Deposit Duit Syiling Maybank (Coin Deposit Machine - CoDM)

Maybank telah memperkenalkan mesin deposit duit syiling (Coin Deposit Machine) bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi mendeposit duit syiling dalam kuantiti yang banyak.

Mesin deposit duit syiling ini menerima semua denominasi duit syiling yang sah diperlakukan dengan nilai.

Antaranya termasuklah duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling siri baharu juga diterima.


'Baucar Wang Syiling'
(Anda akan mendapat 2 jenis resit - satu untuk simpanan anda,
dan satu lagi resit (kanan) perlu anda serahkan sebagai rujukan pihak bank).

Resit simpanan pihak bank memaparkan bilangan denominasi 
setiap duit syiling yang anda masukkan secara terperinci.




Duit syiling palsu, rosak dan asing akan 
dipulangkan semula kepada pelanggan.





Cara untuk menggunakan Coin Deposit Machine 

Langkah 1: Pilih bahasa pilihan anda (tekan butang A - warna hijau).

Langkah 2: Masukkan duit syiling ke dalam slot.

Langkah 3: Ambil resit.

Langkah 4: Ambil semula duit syiling yang di 'reject' di bawah.

Langkah 5: Isi slip deposit (atau beri nombor akaun beserta nama penerima sahaja).

Langkah 6: Kemukakan resit beserta slip deposit pada hari yang sama di kaunter.

Mesin Deposit Duit Syiling Boleh didapati di Cawangan Maybank:

  • Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
  • Shah Alam Main Branch
  • Kajang Prima Branch
  • Bandar Baru Bangi Branch
  • USJ Subang Jaya Branch
  • Seremban Branch
  • Jelapang Branch
  • Melaka Main Branch
  • Johor Bahru Main Branch
  • Jelutong Branch
  • Alor Star Branch
  • Taman Tas Branch
  • Kuala Terengganu Branch
  • Kota Bharu Branch
  • Wisma Satok Branch
  • Kota Kinabalu Branch
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman Branch
  • Rawang Branch
  • Bandar Baru Selayang Branch
  • Jalan Yong Shook Lin Branch
  • Bandar Sunway Branch
  • Equine Park Branch
  • Station 18, Ipoh Branch
  • Jalan Munshi Abdullah Branch
  • Skudai Branch
  • Batu Pahat Branch
  • Prai Industrial Estate Branch
  • Legenda Heights Branch
  • Pulau Langkawi Branch
  • Paka Branch
  • Tanah Merah Branch  

Antara kebaikkan menggunakan mesin deposit duit syiling ini ialah ia dapat menjimatkan masa, mesra pengguna dan tiada caj perkhidmatan dikenakan. 

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai mesin deposit duit syiling ini, anda boleh menghubungi pihak Maybank.


UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PENUH BANK-BANK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI, SILA KLIK BANK NEGARA MALAYSIA DAN http://bit.ly/coindeposit


TIPS TAMBAHAN! 
1- MASUKKAN DUIT SYILING SEDIKIT DEMI SEDIKIT 
KALAU MASUKKAN BANYAK-BANYAK SEKALIGUS, MESIN BOLEH SANGKUT

2- TELEFON BANK TERLEBIH DAHULU 
TANYA SAMA ADA MESIN BOLEH DIGUNAKAN ATAU TIDAK

3- PASTIKAN TIADA BENDA ASING DIMASUKKAN KE DALAM MESIN
(GETAH, KERTAS, PIN KERTAS, PASIR, NAT BESI, SKRU DLL)

4- TAK PERLU KIRA/ASINGKAN IKUT NILAI 
MESIN AKAN KIRA DAN ASINGKAN DUIT SYILING SECARA AUTOMATIK 

5- AMBIL DUIT ROSAK DEKAT KOTAK PADA BAHAGIAN BAWAH
DUIT PALSU, DUIT ROSAK, DUIT LUAR NEGARA AKAN DIPULANGKAN 


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...