Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya membeli duit syiling peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda XIV. Ini kali kedua saya membeli duit syiling khas dari BNM. Sebelum-sebelum ini, saya beli dari internet sahaja. Duit syiling peringatan ini mula dijual di semua cawangan Bank Negara pada 28 Jun 2012.
Saya mula beratur di Bank Negara cawangan Johor Bahru sejak jam 6.30 pagi bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Saya merupakan orang yang ke-30 pada waktu itu dan orang yang pertama sekali mula beratur sejak jam 12 tengah malam lagi.
