Showing posts with label TERKINI. Show all posts
Showing posts with label TERKINI. Show all posts

13 May 2015

Teknologi Hakisan Dakwat Tangani Kes Kecurian ATM

Jika anda dapat duit seperti ini, jangan terima! Berkemungkinan besar ia adalah duit rompakan mesin ATM. Lebih teruk lagi, duit ini tidak sah diperlakukan dengan nilai.

Bank Negara Malaysia (BNM) telah memperkenalkan Teknologi Hakisan Dakwat iaitu kaedah mengotorkan wang kertas di dalam mesin pengeluaran wang automatik (ATM) yang cuba dirosakkan atau dirompak bagi menghalang ia digunakan semula. 

Contoh Wang Kertas Kotor RM10, RM20, RM50 dan RM100
Tujuan utama teknologi ini diperkenalkan adalah untuk menangani insiden kecurian yang melibatkan mesin-mesin ATM di Malaysia. 

Paket kecil yang mengandungi dakwat akan diletakkan di dalam 'cassette' - iaitu suatu bekas yang menempatkan wang kertas di dalamnya. Sekiranya berlaku cubaan membuka mesin ATM, paket dakwat akan meletup dan mengotorkan semua wang kertas secara automatik. 


Penjenayah yang 'berjaya' membuka mesin ATM tersebut terpaksa berputih mata kerana semua wang tersebut tidak boleh digunakan. Dakwat tersebut tidak akan hilang walaupun dicuci. 

Corak tumpahan dakwat ini tidak sama dengan tumpahan dakwat biasa. Kebiasaannya 3 sisi wang kertas akan terkena dakwat - iaitu di bahagian kiri, kanan dan atas/bawah wang kertas.

Lebih membanggakan lagi, Malaysia merupakan negara pertama di Asia Tenggara yang menggunakan teknologi ini. 

P/S: Ramai yang menyatakan kekecewaan mereka di Facebook, mengapa pihak bank merosakkan duit tersebut. Bukankah tindakan tersebut akan merugikan pihak bank? Sebenarnya tidak. Duit rosak yang dilupuskan akan digantikan dengan wang baharu. Kos untuk mencetak sekeping wang kertas Malaysia juga tidak semahal yang anda fikir - belasan/puluhan sen sahaja sekeping.



03 July 2014

Singapura Akan Menghentikan Pengeluaran Wang Kertas $10,000 Mulai 1 Oktober Ini

Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas $10,000 mulai 1 Oktober ini. Hal ini demikian bagi mengurangkan risiko penggubahan wang haram di republik itu.

Selain itu, wang kertas $10,000 juga jarang digunakan oleh orang awam kerana nilainya yang sangat besar.

Malahan ada juga segelintir masyarakat di republik tersebut tidak mengetahui mengenai kewujudan not $10,000 tersebut selama ini.

Wang Kertas $10,000 Republik Singapura 
Di Singapura, anda dikehendaki mengisi borang sekiranya anda ingin mengeluarkan atau mendepositkan akaun bank anda menggunakan not $10,000.

Wang kertas $10,000 yang berada di edaran masih sah diperlakukan dan akan ditarik balik dari semasa ke semasa.

Untuk makluman semua, wang kertas $10,000 Singapura merupakan antara wang kertas yang mempunyai nilai muka (face value) paling tinggi di dunia.

Wang Polimer $10,000 Negara Brunei Darussalam

Seperti yang kita ketahui, Negara Brunei Darussalam juga mempunyai wang polimer berdenominasi $10,000. Adakah Negara Brunei Darussalam juga akan memansuhkan pengeluaran wang berdenominasi tinggi seperti Singapura?

Sama-sama kita nantikan. =)

07 February 2014

Mesin Deposit Duit Syiling Maybank (Coin Deposit Machine - CoDM)

Maybank telah memperkenalkan mesin deposit duit syiling (Coin Deposit Machine) bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi mendeposit duit syiling dalam kuantiti yang banyak.

Mesin deposit duit syiling ini menerima semua denominasi duit syiling yang sah diperlakukan dengan nilai.

Antaranya termasuklah duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling siri baharu juga diterima.


'Baucar Wang Syiling'
(Anda akan mendapat 2 jenis resit - satu untuk simpanan anda,
dan satu lagi resit (kanan) perlu anda serahkan sebagai rujukan pihak bank).

Resit simpanan pihak bank memaparkan bilangan denominasi 
setiap duit syiling yang anda masukkan secara terperinci.




Duit syiling palsu, rosak dan asing akan 
dipulangkan semula kepada pelanggan.





Cara untuk menggunakan Coin Deposit Machine 

Langkah 1: Pilih bahasa pilihan anda (tekan butang A - warna hijau).

Langkah 2: Masukkan duit syiling ke dalam slot.

Langkah 3: Ambil resit.

Langkah 4: Ambil semula duit syiling yang di 'reject' di bawah.

Langkah 5: Isi slip deposit (atau beri nombor akaun beserta nama penerima sahaja).

Langkah 6: Kemukakan resit beserta slip deposit pada hari yang sama di kaunter.

Mesin Deposit Duit Syiling Boleh didapati di Cawangan Maybank:

  • Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
  • Shah Alam Main Branch
  • Kajang Prima Branch
  • Bandar Baru Bangi Branch
  • USJ Subang Jaya Branch
  • Seremban Branch
  • Jelapang Branch
  • Melaka Main Branch
  • Johor Bahru Main Branch
  • Jelutong Branch
  • Alor Star Branch
  • Taman Tas Branch
  • Kuala Terengganu Branch
  • Kota Bharu Branch
  • Wisma Satok Branch
  • Kota Kinabalu Branch
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman Branch
  • Rawang Branch
  • Bandar Baru Selayang Branch
  • Jalan Yong Shook Lin Branch
  • Bandar Sunway Branch
  • Equine Park Branch
  • Station 18, Ipoh Branch
  • Jalan Munshi Abdullah Branch
  • Skudai Branch
  • Batu Pahat Branch
  • Prai Industrial Estate Branch
  • Legenda Heights Branch
  • Pulau Langkawi Branch
  • Paka Branch
  • Tanah Merah Branch  

Antara kebaikkan menggunakan mesin deposit duit syiling ini ialah ia dapat menjimatkan masa, mesra pengguna dan tiada caj perkhidmatan dikenakan. 

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai mesin deposit duit syiling ini, anda boleh menghubungi pihak Maybank.


UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PENUH BANK-BANK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI, SILA KLIK BANK NEGARA MALAYSIA DAN http://bit.ly/coindeposit


TIPS TAMBAHAN! 
1- MASUKKAN DUIT SYILING SEDIKIT DEMI SEDIKIT 
KALAU MASUKKAN BANYAK-BANYAK SEKALIGUS, MESIN BOLEH SANGKUT

2- TELEFON BANK TERLEBIH DAHULU 
TANYA SAMA ADA MESIN BOLEH DIGUNAKAN ATAU TIDAK

3- PASTIKAN TIADA BENDA ASING DIMASUKKAN KE DALAM MESIN
(GETAH, KERTAS, PIN KERTAS, PASIR, NAT BESI, SKRU DLL)

4- TAK PERLU KIRA/ASINGKAN IKUT NILAI 
MESIN AKAN KIRA DAN ASINGKAN DUIT SYILING SECARA AUTOMATIK 

5- AMBIL DUIT ROSAK DEKAT KOTAK PADA BAHAGIAN BAWAH
DUIT PALSU, DUIT ROSAK, DUIT LUAR NEGARA AKAN DIPULANGKAN 


02 July 2013

Kempen “Going Green” - Bank Negara 'Kitar Semula' Wang Polimer RM1 dan RM5 untuk Edaran Semula Semasa Hari Raya Aidilfitri



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji 
untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 
melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini. 

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar. 

"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan." 

28 January 2013

Cara Mengendalikan Wang Polimer Yang Betul


Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan cara untuk mengendalikan wang polimer yang betul. Saya harap anda dapat berkongsi ilmu ini kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang tersayang.

     Bank Negara Malaysia (atau lebih dikenali sebagai BNM) telah mula memperkenalkan wang polimer yang pertama pada tahun 1998 iaitu wang polimer peringatan sempena Sukan Komanwel (SUKOM) di Kuala Lumpur. Namum begitu, wang polimer yang mempunyai nilai muka RM50 tersebut tidak diedarkan kepada umum untuk digunakan di edaran sebaliknya telah dijual kepada para pengumpul matawang Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Kuala Lumpur dengan harga RM80 setiap set.

08 November 2012

Dokumentari: Revolusi Wang Kertas Malaysia di TV1

Tentu anda sudah menonton dokumentari mengenai 'Revolusi Wang Kertas Malaysia' di TV1 malam semalam kan? Jika anda masih belum menontonnya lagi, sila klik link di bawah.

19 October 2012

Ciri-Ciri Keselamatan Pada Wang Polimer RM1 dan RM5

Gambar-gambar di bawah menunjukkan apa yang anda akan lihat jika meletakkan wang polimer tersebut di bawah alat pengesan wang palsu (lebih dikenali sebagai money detector)

Lebih banyak gambar akan diupload dari semasa ke semasa.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...