Showing posts with label Wang Kertas Luar Negara. Show all posts
Showing posts with label Wang Kertas Luar Negara. Show all posts

03 July 2014

Singapura Akan Menghentikan Pengeluaran Wang Kertas $10,000 Mulai 1 Oktober Ini

Singapura akan menghentikan pengeluaran wang kertas $10,000 mulai 1 Oktober ini. Hal ini demikian bagi mengurangkan risiko penggubahan wang haram di republik itu.

Selain itu, wang kertas $10,000 juga jarang digunakan oleh orang awam kerana nilainya yang sangat besar.

Malahan ada juga segelintir masyarakat di republik tersebut tidak mengetahui mengenai kewujudan not $10,000 tersebut selama ini.

Wang Kertas $10,000 Republik Singapura 
Di Singapura, anda dikehendaki mengisi borang sekiranya anda ingin mengeluarkan atau mendepositkan akaun bank anda menggunakan not $10,000.

Wang kertas $10,000 yang berada di edaran masih sah diperlakukan dan akan ditarik balik dari semasa ke semasa.

Untuk makluman semua, wang kertas $10,000 Singapura merupakan antara wang kertas yang mempunyai nilai muka (face value) paling tinggi di dunia.

Wang Polimer $10,000 Negara Brunei Darussalam

Seperti yang kita ketahui, Negara Brunei Darussalam juga mempunyai wang polimer berdenominasi $10,000. Adakah Negara Brunei Darussalam juga akan memansuhkan pengeluaran wang berdenominasi tinggi seperti Singapura?

Sama-sama kita nantikan. =)

23 April 2013

Wang Polimer Malaysia RM5 Siri ke-12 Tercalon Sebagai 'Banknote of the Year 2012'!

Wang polimer Malaysia siri ke-12 telah dicalonkan sebagai 'Banknote of the Year' oleh IBNS (International Bank Note Society). Wang polimer Malaysia ini telah dicalonkan oleh salah seorang ahli IBNS iaitu Peter Symes. Antara wang kertas dan polimer yang telah tercalon sekali ialah:



1. Brazil - 20 Reils





Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...