19 October 2012

Ciri-Ciri Keselamatan Pada Wang Polimer RM1 dan RM5

Gambar-gambar di bawah menunjukkan apa yang anda akan lihat jika meletakkan wang polimer tersebut di bawah alat pengesan wang palsu (lebih dikenali sebagai money detector)

Lebih banyak gambar akan diupload dari semasa ke semasa.


Wang Polimer RM5 Prefix FF?

Semalam, saya terima sekeping wang polimer RM5 yang mempunyai prefix yang agak aneh. Kita sudah sedia maklum bahawa last prefix untuk note RM5 ialah EM. Tetapi, apa yang saya dapat ialah.....

FF 5752863


16 October 2012

Bagaimanakah Duit Syiling €2 Ditempa?

Duit syiling €2 daripada dua bahan yang berbeza iaitu nickel brass di sebelah dalam dan copper-nickel di sebelah luar. Bagaimanakah duit syiling ini ditempa? Mari kita lihat video di bawah.


Setiap duit syiling €2 mempunyai reka bentuk yang berbeza mengikut negeri/negara masing-masing. Sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.





11 October 2012

Menghancurkan Wang Kertas Untuk Kebajikan

Di Hungary, bank pusat di negara mereka akan 'mengitar semula' wang-wang kertas yang sudah lusuh, rosak atau tersalah cetak. Mereka akan mencarik-carik wang kertas tersebut sehingga kecil dan memampatkan carikkan wang kertas tersebut menjadi blok-blok kecil.

Blok-blok tersebut akan dihantar ke pusat-pusat kebajikan untuk digunakan sebagai alat pembakaran untuk memanaskan rumah mereka ketika musim sejuk.

(sila klik Watch on YouTube)

07 October 2012

Bagaimanakah Wang Polimer Dicetak?

Tahukah anda dimanakah dan bagaimanakah wang polimer dicetak? Dan tahukah anda bahawa wang polimer RM5 kita (siri Wawasan 2020) pernah dicetak di sini, Note Printing of Australia (NPA)?

Jom kita lihat klip video di bawah ini.


Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...