29 October 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Taman Negara ke-75

Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengumumkan bahawa pihak mereka akan mengeluarkan set duit syiling peringatan sempena ulang tahun Taman Negara ke-75.

Set duit syiling ini akan mula dijual mulai 28 November hadapan (iaitu 1 bulan dari sekarang). 




Berikut merupakan maklumat dan spesifikasi RINGKAS mengenai duit syiling ini:

1- Duit Syiling Peringatan Emas Peruf (Gold Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy)Emas (Gold) 
Berat (Weight): 7.96 gram
Ketulenan (Purity): 99.99

Nilai Muka (Face Value): RM100
Jumlah Keluaran (Mintage)500 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price): RM1,800 sekotak


2- Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna Peruf (Coloured Silver Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy)Perak (Silver) 
Berat (Weight): 31.10 gram
Ketulenan (Purity): 99.9

Nilai Muka (Face Value): RM10
Jumlah Keluaran (Mintage)2,000 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price)RM200 sekotak


3- Duit Syiling Peringatan Emas Nordic BU [LEBIH DIKENALI SEBAGAI COIN CARD]
(Nordic Gold Brilliant Uncirculated Commemorative Coin) 

Logam (Alloy): Kuprum, Zink, Aluminium, Timah (Copper, Zinc, Aluminium, Tin) 
Berat (Weight): 8.5 gram
Ketulenan (Purity): (mengikut urutan di atas) 89%, 5%, 5%, 1%

Nilai Muka (Face Value): RM1
Jumlah Keluaran (Mintage)25,000 keping sahaja
Harga Jualan (Selling Price)RM10 sekeping


Sudah menjadi kelaziman bagi Bank Negara Malaysia untuk menjual set-set duit syiling ini dalam bentuk set lengkap dan separa-lengkap.

SET OF 2: Emas Nordic + Perak Peruf (Nordic Gold + Silver Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage)750 set
Harga Jualan (Selling Price)RM250 sekotak 

SET OF 3: Emas Nordic + Perak Peruf + Emas Peruf (Nordic Gold + Silver Proof + Gold Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage)750 set
Harga Jualan (Selling Price)RM2,100 sekotak 

JIKA ANDA BERMINAT UNTUK MEMBELINYA DI BANK NEGARA MALAYSIA, SILA RUJUK ARTIKEL SAYA DI SINI: http://malaysiabanknotesandcoins.blogspot.com/2013/11/duit-syiling-peringatan-sempena-ulang.html

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA LAYARI: http://www.bnm.gov.my/index.php?ch=en_press&pg=en_press_all&ac=3088&lang=en

25 October 2014

TERKINI! Mesin Deposit Wang Kertas (CDM) Terima Not RM1 dan RM5

Beberapa buah Cash Deposit Machine (CDM) di beberapa cawangan Maybank yang terpilih telah mula menerima SEMUA denominasi wang kertas Malaysia - iaitu not RM1, RM5, RM10, RM20, RM50 dan RM100.


Berikut merupakan senarai cawangan Maybank yang terpilih:

  • Menara Maybank
  • Maybank Jalan Tun H.S. Lee
  • Maybank Rivercity 
  • Maybank Jalan Pudu 
  • Maybank Wisma Genting 
Insya-Allah pada masa yang akan datang, lebih banyak CDM versi mesra pengguna ini akan diletakkan di seluruh Malaysia. 

19 October 2014

Senarai Kelab Numismatik dan Cara Permohonan Kad Keahlian

Artikel saya pada kali ini ditujukan khas buat mereka yang tidak tahu cara permohonan kad keahlian kelab numismatik yang diingini.

Saya telah senaraikan beberapa nama kelab numismatik yang agak popular di Facebook serta nama admin yang bertanggungjawab dalam menguruskan pendaftaran ahli baharu.

Diharap artikel ini dapat membantu anda semua. Terima kasih.
(akan dikemaskini dari semasa ke semasa)


1- KeDai HANTU DuIT (antara kelab numismatik yang terawal di Malaysia)
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Fandy Rose



2- Kelab Numismatik Malaya
Pengurus Permohonan Kad Ahli: TMC Junior



3- KeMaRuk DuIt LaMa $$$
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Urusetia Kemaruk DuitLama



4- Tayang Duit
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Penguatkuasa Tayang Duit



5- Numis Generation
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Dennis Hew



6- K.N.B Kelab Numismatik Brunei
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Urusetia Kelab Numismatik Brunei



7- SP 钱币发烧友(新
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Bert Chang



8- 梹星錢币拍卖交流会..PEN STAR BANKNOTES/COINS AUCTION GALLERY
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Star Numismatic



9- Auction Straits Money Gallery
Pengurus Permohonan Kad Ahli: Saiful Jefry




maaf, tiada gambar lain untuk dipaparkan =) 

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...