23 September 2012

Huruf Mikro Pada Duit Syiling 20 sen Siri Ketiga

Baiklah. Kali ini, saya ingin tunjukkan kepada anda semua antara huruf mikro yang terdapat pada duit syiling 20 sen dimana ia agak sukar untuk dilihat melalui mata kasar. Sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.

Tertera perkataan BNM (dalam bulatan kecil berwarna merah)

22 September 2012

Perkataan Tersembunyi Pada Not RM20

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang duit kertas RM20 pula. Sila klik pada gambar di bawah untuk mendapatkan imej yang lebih jelas. 

RM20 Kertas (Hadapan)

Tertera nama Seri Paduka Baginda dari atas sehingga bawah
(di hujung bintang)

17 September 2012

Duit Syiling Peringatan Pertabalan Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XIV




Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya membeli duit syiling peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda XIV. Ini kali kedua saya membeli duit syiling khas dari BNM. Sebelum-sebelum ini, saya beli dari internet sahaja. Duit syiling peringatan ini mula dijual di semua cawangan Bank Negara pada 28 Jun 2012. 

Saya mula beratur di Bank Negara cawangan Johor Bahru sejak jam 6.30 pagi bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Saya merupakan orang yang ke-30 pada waktu itu dan orang yang pertama sekali mula beratur sejak jam 12 tengah malam lagi.

15 September 2012

Perkataan Tersembunyi Pada Not RM10

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda tentang duit kertas RM10 pula. Sila klik pada gambar di bawah untuk mendapatkan imej yang lebih jelas.

RM10 Kertas (Hadapan)
Tertera nama Seri Paduka Baginda dari atas sehingga bawah
(di hujung bintang)

Wang Polimer Bermasalah atau Kita yang Bermasalah?

Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang kewujudan sebuah 'fan page' di Facebook yang mengutuk wang polimer Malaysia siri baharu. Katanya, wang polimer akan mengecut apabila diletakkan di dalam kereta ketika waktu panas dan akan hilang warnanya apabila direndam ke dalam sejenis cecair (dipercayai peluntur). Sila lihat gambar di bawah.

Gambar sebelum dan selepas direndam ke dalam peluntur
Dari gambar di atas, nampak sangat mereka ini menipu dan sengaja mereka-reka cerita. Duit yang sedang mengecut itu sebenarnya sudah di seterika. Bukannya diletakkan di dalam kereta ketika waktu panas terik. Wang polimer boleh bertahan sehingga 120 darjah Celcius.

14 September 2012

Perkataan Tersembunyi Pada Not RM5


RM5 Polimer (Depan)
Tertera nama Seri Paduka Baginda dari atas sehingga bawah
(di hujung bintang)

Perkataan Tersembunyi Pada Not RM1

Kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang perkataan-perkataan tersembunyi yang agak sukar untuk dilihat melalui mata kasar (naked eyes). Sila klik gambar di bawah untuk melihat dengan lebih jelas lagi.


RM1 Polimer (Depan)

Tertera nama Seri Paduka Baginda dari atas sehingga bawah
(di hujung bintang)

Wang Polimer Boleh Luntur?

Saya ada terbaca beberapa post di Facebook berkenaan wang polimer Malaysia siri baharu yang luntur warnanya apabila direndam ke dalam cecair peluntur (lebih dikenali sebagai clorox). Ini adalah contoh gambar yang saya ambil daripada hasil experiment saya.

Wang Polimer RM1 luntur

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...