Kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua tentang pengalaman saya membeli duit syiling peringatan sempena Pertabalan Seri Paduka Baginda XIV. Ini kali kedua saya membeli duit syiling khas dari BNM. Sebelum-sebelum ini, saya beli dari internet sahaja. Duit syiling peringatan ini mula dijual di semua cawangan Bank Negara pada 28 Jun 2012.
Saya mula beratur di Bank Negara cawangan Johor Bahru sejak jam 6.30 pagi bersama-sama dengan ahli keluarga yang lain. Saya merupakan orang yang ke-30 pada waktu itu dan orang yang pertama sekali mula beratur sejak jam 12 tengah malam lagi.
Pada jam sekitar 7.15 pagi, pintu pagar mula dibuka dan orang ramai dibenarkan masuk ke kawasan perkarangan Bank Negara. Sekitar jam 9 pagi, bilangan peminat duit syiling kali ini mula bertambah sehinggakan mereka terpaksa berbaris di luar pagar. Antara sebab mengapa keluaran pada kali ini mendapat sambutan yang lebih meriah berbanding keluaran-keluaran yang terdahulu (seperti coin peringatan Pandu Puteri) ialah kerana duit syiling ini telah diramsikan 1 minggu sebelum tarikh jualan. Jadi, orang ramai (termasuk saya) mempunyai masa untuk mencari duit modal.

Keadaan di BNM Johor Bahru sekitar jam 9.30 pagi. |
Rupa-rupanya, bukan semua orang yang sedang beratur tu ingin membeli duit syiling peringatan untuk diri mereka. Tetapi, untuk 'tuan' mereka. Dipercayai lebih 10 orang gelandangan (mereka yang tidak berumah) di sekitar kawasan bandar raya Johor Bahru telah diupah oleh seseorang (dealer) untuk membeli duit syiling peringatan. Dan dipercayai mereka telah diupah RM30-RM50 setiap seorang. Bagi mereka (golongan gelandangan), RM30-RM50 cukup banyak bagi mereka untuk mendapatkan sesuap nasi.
Tukar tajuk: Sekitar jam 10.15 pagi, orang ramai sudah mula masuk ke kaunter untuk membeli duit syiling peringatan. Setiap orang hanya dibenarkan 5 keping coin card dan sekotak duit syiling peruf. Sekotak demi sekotak duit syiling peringatan di bawa keluar. Dan akhirnya, ini yang kami dapat...
No comments:
Post a Comment