27 December 2013

Hias Studio Guna 16 Tan Wang Kertas

Nanjing: Seorang jutawan China menghiasi ruangan studio di sebuah stesen televisyen di negara itu dengan timbunan wang miliknya.
Chen Guangbiao membawa wang kertas 100 yuan seberat 16 tan yang diisi dalam tong untuk menghias studio berkenaan.
Dia berbuat demikian untuk mempromosikan lonjakan ekonomi yang dijana pentadbir Nanjing, ibu negeri Jiangsu kelmarin.

Sebagaimana dipetik daripada Chinadaily, wang berkenaan dibawa ke stesen televisyen terbabit dengan trak besar dan memerlukan 20 orang untuk menghiasi studio berkenaan selama lima jam.

CHEN bersama hiasan not kertas 100 yuan di sebuah studio stesen televisyen di Nanjing, China.

20 December 2013

Pengeluaran Duit Syiling Peringatan Bersempena Dengan Ulang Tahun Angkatan Tentera Malaysia ke-80



Bagaimanakah Wang Kertas Dicetak?

Pasti sebelum ini ada daripada anda tertanya-tanya, bagaimanakah wang kertas yang kita guna dicetak? Mari kita tonton video-video di bawah mengenai cara pencetakan wang kertas dari seluruh dunia.

Wang Kertas 5 Euro Eropah Siri Baharu
(EUR 5 = RM20)

Wang Kertas $100 Amerika Syarikat Siri Baharu
(USD100 = RM320)

30 November 2013

TERKINI: Maybank2u Kini Berwajah Baharu!

Semalam, bank dan kumpulan kewangan paling besar di Malaysia, Maybank, telah menaik taraf laman web perbankan atas talian mereka kepada versi yang lebih terkini.

Sudah macam Windows 8 bukan? Apa pandangan anda tentang laman web Maybank2u versi baharu ini?

LINK: http://www.maybank2u.com.my/en/personal/index.page




P/S: Harap-harap masalah yang sering dihadapi oleh pengguna terutama sekali ketika awal/hujung bulan dapat diatasi.
Jika anda perasan, blog ini juga berwajah baharu tau.. =)

29 November 2013

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia ke-50

Pada 16 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang ke-50. Berikut merupakan gambaran suasana di Bank Negara Malaysia cawangan Johor Bahru pada 17 September (keesokan harinya).

Malangnya, set 2-in-1 telah SOLD OUT (dipercayai kurang daripada 20 set sahaja dijual kepada orang ramai pada hari tersebut di cawangan Johor Bahru). Yang selebihnya, mungkin reserved untuk staff BNM.



02 July 2013

Kempen “Going Green” - Bank Negara 'Kitar Semula' Wang Polimer RM1 dan RM5 untuk Edaran Semula Semasa Hari Raya Aidilfitri



KUALA LUMPUR: Bank Negara Malaysia (BNM) sedang mengkaji 
untuk mengurangkan pengeluaran wang kertas RM1 dan RM5 
melalui beberapa fasa mulai Aidilfitri ini. 

Penolong Gabenor BNM, Norzila Abdul Aziz berkata, BNM akan mengitar semula wang kertas denominasi RM1 dan RM5 pada perayaan Aidilfitri bagi melestarikan sumber asli dan memulihara alam sekitar. 

"Setiap tahun BNM mencetak 500 juta keping wang kertas baharu untuk memenuhi permintaan sempena musim perayaan." 

23 April 2013

Wang Polimer Malaysia RM5 Siri ke-12 Tercalon Sebagai 'Banknote of the Year 2012'!

Wang polimer Malaysia siri ke-12 telah dicalonkan sebagai 'Banknote of the Year' oleh IBNS (International Bank Note Society). Wang polimer Malaysia ini telah dicalonkan oleh salah seorang ahli IBNS iaitu Peter Symes. Antara wang kertas dan polimer yang telah tercalon sekali ialah:



1. Brazil - 20 Reils





21 April 2013

Jumlah Hutang Negara - BNM

Berdasarkan sumber daripada Bank Negara Malaysia (Central Bank of Malaysia), jumlah hutang negara kita pada suku ke-4 tahun 2012 adalah seperti berikut: 


03 April 2013

Duit Syiling Peringatan Singapura Siri Ketiga



Laman web The Singapore Mint telah mula membuka tempahan kepada orang ramai terutamanya pengumpul duit syiling peringatan (commemorative coins) untuk memiliki set duit syiling peringatan Singapura siri baharu yang didatangkan khas dengan pek cenderamata yang sangat menarik. Terdapat 3 set duit syiling peringatan yang telah mula dijual. Antaranya termasuklah:


01 April 2013

Malaysia $50 3rd Series - Ismail Md. Ali

Malaysia $50 Siri Ketiga / 3rd Series

Tahun Keluaran / Year : 1976 - 1981
Gabenor / Governor : Tun Ismail bin Mohamed Ali
No. Siri / Serial Number : B/51 410296
Syarikat Pencetakkan / Printing Company : Bradbury Wilkinson & Co.

Gambar Hadapan
Gambar Belakang

15 March 2013

Shahidan Bayar Denda FAM Guna Syiling

Keratan akhbar Harian Metro - Jumaat (15-Mac-2013)

KELANA JAYA – Berhubung dengan kes YB Dato’ Seri Shahidan Bin Kassim yang melanggar artikel 88, beliau telah melunaskan denda sebanyak RM 39,869.00 di Wisma FAM Pagi ini. Walaubagaimana pun, beliau memutuskan untuk membayar wang denda menggunakan duit syiling sebagai tanda ketidakpuasan hati belau terhadap FAM.

22 February 2013

Duit Syiling Singapura Siri Ketiga



SINGAPURA: Penduduk di Singapura akan menggunakan set duit syiling siri baharu yang akan muncul di edaran menjelang pertengahan tahun ini.

Duit syiling siri kedua telah mula diperkenalkan pada tahun 1985 dan memaparkan tumbuh-tumbuhan dan bunga-bunga tempatan, yang menggambarkan Singapura sebagai sebuah bandar taman.

28 January 2013

Cara Mengendalikan Wang Polimer Yang Betul


Pada kali ini, saya ingin berkongsi dengan anda semua berkenaan dengan cara untuk mengendalikan wang polimer yang betul. Saya harap anda dapat berkongsi ilmu ini kepada sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang tersayang.

     Bank Negara Malaysia (atau lebih dikenali sebagai BNM) telah mula memperkenalkan wang polimer yang pertama pada tahun 1998 iaitu wang polimer peringatan sempena Sukan Komanwel (SUKOM) di Kuala Lumpur. Namum begitu, wang polimer yang mempunyai nilai muka RM50 tersebut tidak diedarkan kepada umum untuk digunakan di edaran sebaliknya telah dijual kepada para pengumpul matawang Malaysia dan pelancong asing yang datang ke Kuala Lumpur dengan harga RM80 setiap set.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...