29 November 2013

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Penubuhan Malaysia ke-50

Pada 16 September 2013, Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan duit syiling peringatan sempena ulang tahun penubuhan Persekutuan Malaysia yang ke-50. Berikut merupakan gambaran suasana di Bank Negara Malaysia cawangan Johor Bahru pada 17 September (keesokan harinya).

Malangnya, set 2-in-1 telah SOLD OUT (dipercayai kurang daripada 20 set sahaja dijual kepada orang ramai pada hari tersebut di cawangan Johor Bahru). Yang selebihnya, mungkin reserved untuk staff BNM.



Apa yang menarik tentang set duit syiling silver proof kali ini ialah ia diperbuat daripada perak dengan ketulenan 999 seberat 1 ounce (31.10 gram). Menurut sumber, set duit syiling perak ini dikilangkan di The Singapore Mint, Singapura kerana mereka mempunyai kemahiran dalam membuat duit syiling berwarna.

Oleh sebab itu, harga jualan naik sedikit daripada RM150 kepada RM200 sekotak manakala set 2-in-1 naik RM50 daripada RM200 kepada RM250. Harga jualan duit syiling emas nordic (coin card) masih sama, iaitu RM10 sekeping. 

Apa yang agak luar biasa ialah set silver single dikeluarkan sebanyak 10,000 set. Agak banyak..


video
SUMBER VIDEO: Bank Negara Malaysia
LINK: PERAYAAN HARI MALAYSIA

No comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...