Majlis tersebut menyaksikan keluaran syiling peringatan dan setem kenangan 40 tahun pemerintahan Sultan Pahang yang menduduki takhta bagi tempoh tersebut.
Duit Syiling Emas 1oz 999.9 (tanpa nilai muka - without face value) |
Turut berangkat, Sultanah Pahang Sultanah Hajah Kalsom. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob.
Terdahulu Adnan dalam ucapannya berkata, pengeluaran setem itu sangat penting bagi generasi akan datang untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pemerintahan Sultan Pahang.
Duit syiling peringatan tersebut boleh didapati melalui tempahan daripada Syarikat Triplenine Goldworld Gallery Sdn Bhd, manakala setem kenang-kenangan itu akan dijual di semua pejabat pos seluruh negara mulai 29 Disember ini. - Bernama
SUMBER: Khabar Pahang