14 September 2014

Tiga Jenis Wang Kertas RM50 Siri Baharu Sempena Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.

Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi meminjamkan sebahagian daripada gambar koleksi peribadi mereka untuk dipaparkan di blog saya. Terima kasih banyak-banyak.

Pada penghujung tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas peringatan sempena sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia. Wang kertas RM50 edisi khas ini dikeluarkan sebanyak 50,000,000 keping (lima puluh juta keping). Ia telah dibahagikan kepada 2 bahagian - iaitu untuk dijual dengan folder dan untuk edaran biasa.

26 Disember 2007 - BNM telah mengeluarkan wang kertas RM50 edisi khas. Ia merupakan denominasi mata wang siri baharu yang pertama dikeluarkan. Ia hanya dicetak sebanyak 20,000 keping (dua puluh ribu) sahaja bermula dengan nombor siri AA 0000001 sehingga AA 0020000. Harga jualan rasmi BNM ialah RM60 per set.


Apa yang membezakan wang ini dengan wang edaran biasa ialah warna keemasan pada bahagian kiri dan kanan wang kertas. Disebabkan rupa dan warnanya yang sedemikian rupa, kami menggelarnya sebagai GOLDLINE (idaman kepada setiap pengumpul mata wang Malaysia - termasuk saya).

Masih saya ingat lagi harga yang ditawarkan oleh seorang penjual mata wang di Facebook 5-6 tahun yang lalu, iaitu sekitar RM350 sehingga RM400 sahaja. Namun, sekarang harganya sudah melonjak naik sehingga RM700 malahan ada yang sehingga ribuan ringgit (terutama sekali wang yang telah dihantar ke PMG di USA).

28 Januari 2008 - Wang kertas RM50 edisi khas untuk edaran biasa telah dicetak dan dikeluarkan sebanyak 49,980,000 keping (empat puluh sembilan juta sembilan ratus lapan puluh ribu keping). Ia bermula dari prefx AA 0020001 sehingga AE 10000000. Jumlah tersebut termasuk prefix wang gantian ZA (replacement note).

Wang Kertas Peringatan - Untuk Edaran Biasa
Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1uNkWrJ
Malangnya, wang ini 'tidak bertahan lama' pada awal pengeluarannya. Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa menarik balik wang ini dari edaran buat sementara waktu. Hal ini demikian kerana timbul beberapa masalah kepada orang ramai.

Antara masalah yang timbul pada waktu itu ialah kebanyakkan mesin deposit wang kertas (Cash Deposit Machine) tidak dapat mengenalpasti wang kertas tersebut lantas telah menyukarkan masyarakat.

Namun begitu, masalah ini telah dapat diatasi beberapa bulan kemudian dan wang kertas ini telah diletakkan semula dalam edaran.

15 Julai 2009 - BNM telah mengeluarkan not RM50 dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mencegah sindeket pemalsuan mata wang. Ia bermula dengan nonbor siri AF 0000001 dan akan diteruskan sehingga semua prefix telah diguna pakai. Prefix wang gantian pula bermula dari prefix ZB 0000001.

Wang Kertas RM50 Tanpa Logo Jubli Emas - Edaran Biasa
Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1oJJtKw
Antara ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan ialah benang sekuriti dengan warna ubah-ubah (dari merah kepada hijau) dan unsur cahaya berpendarfluor dua warna (sila rujuk gambar di bawah).

 

Selain itu, antara perbezaan yang agak ketara ialah tiada lagi logo 'Jubli Emas 50 Tahun Kemerdekaan', angka '1957-2007', tandatangan gabenor BNM yang lebih besar, potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' dan 'RINGGIT MALAYSIA' yang lebih kecil.

TAMBAHAN:
Jalur hologram sekuriti Longlasting Economical Anti-Copy Device (LEAD) dan JENIS KERTAS YANG DIGUNAKAN juga agak berbeza berbanding dengan wang edisi khas (bagi prefix AF sehingga CZ). (saya akan update lagi pada masa akan datang). 


Ada sebilangan rakan saya berjaya mendapatkan not RM50 goldline ini secara FACE VALUE (nilai muka) dari edaran biasa. Hampir kesemua wang yang ditemui adalah dalam keadaan CIRCULATED (iaitu dalam kondisi 'Very Fine').

Pada pandangan peribadi saya, berkemungkinan besar tuan empunya wang tersebut terpaksa memakai wang tadi untuk membeli barangan di kedai. Ataupun anak dia terpakai duit koleksi ayah dia buat beli jajan.

5 comments:

jebat said...

Yang edaran biasa 50 jubli tu ada nilai tak skrg?

jebat said...

Yang edaran biasa 50 jubli tu ada nilai tak skrg?

fiza halim said...

Salam , nak bertanya.. kalau RM50 Goldline tetapi takada 'Jubli Emas 50 Tahun' dikira macam mana? biasa atau limited?

fiza halim said...

Salam , nak bertanya.. kalau RM50 Goldline tetapi takada 'Jubli Emas 50 Tahun' dikira macam mana? biasa atau limited?

Faz Lan said...

Assalammualaikum dan salam 1malaysia,sy ada wang kertas rm1,rm5,rm10,rm20 jenis gold berapa laku kalau jual yea,sila pm 01137995284

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...