Anda ada terima wang rosak tanpa sengaja dari edaran? Jangan risau! Kini, anda boleh menukar wang rosak di mana-mana bank yang berhampiran dengan anda.
Menurut Bank Negara Malaysia, semua bank di Malaysia dikehendaki terima wang rosak daripada orang ramai termasuklah cawangan bank yang anda tidak memiliki akaun.
Kebiasaannya, sekiranya kerosakan yang dialami adalah sedikit (minor), wang gantian akan diberikan pada hari yang sama.
- FULL VALUE (NILAI PENUH) :
- melebihi dua per tiga (2/3) daripada saiz asal
- HALF VALUE (NILAI SEPARUH) :
- kurang daripada dua per tiga (2/3) tetapi melebihi satu per dua (1/2) daripada saiz asal
- NO VALUE (TIADA NILAI) :
- kurang satu per dua (1/2) daripada saiz asal
Tiada nilai akan diberikan bagi penukaran wang palsu, wang terkena dakwat keselamatan, wang dengan contengan pada potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong.
Sekiranya pegawai bank enggan menukar wang rosak atau meminta anda pergi ke Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menukar wang rosak, anda dinasihati untuk mengambil nama pegawai bank, waktu dan tarikh lawatan anda ke bank tersebut dan hubungi BNM untuk membuat aduan di talian 1-300-88-5465 atau ke laman sesawang https://bnmlink.bnm.gov.my.