05 March 2014

Adakah ini Wang Kertas Error, Palsu atau Rosak?

Pernahkah anda melihat duit seperti ini? Duit RM10 tanpa jalur hologram di sebelah potret Agong?

Jika anda pernah menerima duit seperti ini, janganlah risau atau terkejut. Ia merupakan wang kertas ASLI (ORIGINAL). Cuma, jalur hologramnya telah tertanggal sama ada secara sengaja mahupun tidak sengaja.

Nama sebenar jalur hologram ini ialah Longlasting Economical Anticopy Device (LEAD).

Wang kertas ini bukanlah duit error atau cacat - tetapi ia adalah duit rosak.





Untuk pengetahuan anda, ciri keselamatan LEAD ini boleh ditanggalkan dengan cara yang begitu mudah. Iaitu dengan merendamnya di dalam air dan seterika. Atau dengan menggoreskannya dengan benda tajam.

Namun begitu, ada juga kes yang berlaku secara tidak sengaja seperti tercuci sekali dengan pakaian di dalam mesin basuh.



Mungkin disebabkan ciri keselamatan ini tidak tahan lama, pihak Bank Negara Malaysia (BNM) tidak lagi menggunakan ciri keselamatan tersebut pada wang kertas Malaysia siri baharu (kecuali wang kertas RM50).

Jika anda mendapat wang kertas seperti ini, jangan khuatir. Anda boleh mendepositkan semula duit tersebut di mana-mana bank melalui kaunter. Hal ini demikian kerana sesetengah mesin deposit wang kertas (Cash Deposit Machine - CDM) tidak menerima wang kertas tersebut.

Anda juga boleh menukar wang rosak tersebut di mana-mana cawangan Bank Negara Malaysia di seluruh Malaysia. Anda hanya perlu mengisi borang dan anda akan mendapat semula wang kertas baharu serta merta.

Anda boleh rujuk posting saya mengenai Cara-Cara Menukar Wang Kertas Rosak di Bank Negara Malaysia.

7 comments:

beauty white said...

Kalau u$1000 dolar tahun 1943 bank mana trima lagi ye?boleh tukar lagi x?
Please...help..))

Muhammad Zulhilmi said...

Dari mana anda dapat ya? Sebab kebanyakkannya adalah wang palsu.

Unknown said...

Saya ada usd50 macam terbakar di bucu sikit saja tapi money changer tak nak terima..so kat mana saya boleh tukar?

Unknown said...

maaf bro bru semalam member kol ckp mtk tlg kena tipu duit palsu sebijik mcm ni..wsp pic sbb sy prh nmpk dlm group numastik,so pergi la jmpa bwk lamp uv. nk komfom plsu ke x.. mmg ori sbb security uv light kt duit mmg ada cuma silvertu je yg xda.. simpang dlm album error money xpa mmg hobi.. huhu.. so sapa2 yg dpt duit mcm ni xprlu lah risau cuma tgk lambang agong sbelh yg akler putih tu tgk ajlo ada byg agong dgn 50 kecik je dont worry prgi je tukar..

zie said...

sy ada duit 50 sekeping mcm.nii..nk beli berapa?0192670209

Anonymous said...

Saya baru saja kejadian tadi selepas ambil duit dkat ATM saya jumpa ada rm750 duit macam ni,nak pi bank,ini ahad tutup pulak

Anonymous said...

Bank America... Pi us

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...