07 February 2014

Mesin Deposit Duit Syiling Maybank (Coin Deposit Machine - CoDM)

Maybank telah memperkenalkan mesin deposit duit syiling (Coin Deposit Machine) bagi memudahkan pelanggan membuat transaksi mendeposit duit syiling dalam kuantiti yang banyak.

Mesin deposit duit syiling ini menerima semua denominasi duit syiling yang sah diperlakukan dengan nilai.

Antaranya termasuklah duit syiling 5 sen, 10 sen, 20 sen dan 50 sen. Duit syiling siri baharu juga diterima.


'Baucar Wang Syiling'
(Anda akan mendapat 2 jenis resit - satu untuk simpanan anda,
dan satu lagi resit (kanan) perlu anda serahkan sebagai rujukan pihak bank).

Resit simpanan pihak bank memaparkan bilangan denominasi 
setiap duit syiling yang anda masukkan secara terperinci.




Duit syiling palsu, rosak dan asing akan 
dipulangkan semula kepada pelanggan.





Cara untuk menggunakan Coin Deposit Machine 

Langkah 1: Pilih bahasa pilihan anda (tekan butang A - warna hijau).

Langkah 2: Masukkan duit syiling ke dalam slot.

Langkah 3: Ambil resit.

Langkah 4: Ambil semula duit syiling yang di 'reject' di bawah.

Langkah 5: Isi slip deposit (atau beri nombor akaun beserta nama penerima sahaja).

Langkah 6: Kemukakan resit beserta slip deposit pada hari yang sama di kaunter.

Mesin Deposit Duit Syiling Boleh didapati di Cawangan Maybank:

  • Seksyen 5, Wangsa Maju Branch
  • Shah Alam Main Branch
  • Kajang Prima Branch
  • Bandar Baru Bangi Branch
  • USJ Subang Jaya Branch
  • Seremban Branch
  • Jelapang Branch
  • Melaka Main Branch
  • Johor Bahru Main Branch
  • Jelutong Branch
  • Alor Star Branch
  • Taman Tas Branch
  • Kuala Terengganu Branch
  • Kota Bharu Branch
  • Wisma Satok Branch
  • Kota Kinabalu Branch
  • Jalan Tuanku Abdul Rahman Branch
  • Rawang Branch
  • Bandar Baru Selayang Branch
  • Jalan Yong Shook Lin Branch
  • Bandar Sunway Branch
  • Equine Park Branch
  • Station 18, Ipoh Branch
  • Jalan Munshi Abdullah Branch
  • Skudai Branch
  • Batu Pahat Branch
  • Prai Industrial Estate Branch
  • Legenda Heights Branch
  • Pulau Langkawi Branch
  • Paka Branch
  • Tanah Merah Branch  

Antara kebaikkan menggunakan mesin deposit duit syiling ini ialah ia dapat menjimatkan masa, mesra pengguna dan tiada caj perkhidmatan dikenakan. 

Bagi mendapatkan maklumat yang lebih lanjut mengenai mesin deposit duit syiling ini, anda boleh menghubungi pihak Maybank.


UNTUK MENDAPATKAN SENARAI PENUH BANK-BANK YANG MENAWARKAN PERKHIDMATAN INI, SILA KLIK BANK NEGARA MALAYSIA DAN http://bit.ly/coindeposit


TIPS TAMBAHAN! 
1- MASUKKAN DUIT SYILING SEDIKIT DEMI SEDIKIT 
KALAU MASUKKAN BANYAK-BANYAK SEKALIGUS, MESIN BOLEH SANGKUT

2- TELEFON BANK TERLEBIH DAHULU 
TANYA SAMA ADA MESIN BOLEH DIGUNAKAN ATAU TIDAK

3- PASTIKAN TIADA BENDA ASING DIMASUKKAN KE DALAM MESIN
(GETAH, KERTAS, PIN KERTAS, PASIR, NAT BESI, SKRU DLL)

4- TAK PERLU KIRA/ASINGKAN IKUT NILAI 
MESIN AKAN KIRA DAN ASINGKAN DUIT SYILING SECARA AUTOMATIK 

5- AMBIL DUIT ROSAK DEKAT KOTAK PADA BAHAGIAN BAWAH
DUIT PALSU, DUIT ROSAK, DUIT LUAR NEGARA AKAN DIPULANGKAN 


22 comments:

din said...

Lepas ni senang la nak tukar duit syiling kan.. Tq for info

Muhammad Zulhilmi said...

Ya, memang senang =) Sama-sama

eamy milea said...

Baru tahu..thanks!

نورهشيمة بنت محمد نورالدين الحج said...

Baru tahu,slma ni tuko kt kdi rucit je

R-F the gReaT said...

Apa maksud "baucar sah 1 hari" tu?

Muhammad Zulhilmi said...

Maknanya kena hantar dekat kaunter pada hari yang sama juga.

Kalau masuk duit syiling hari ini, kena bagi resit dekat kaunter pada hari yang sama.

bella jovovich said...

Knapa na kna g kaunter jgk wak?so kna bt transaction during ofis hour la ek? Da kalo still kna g kaunter bek trus bg kt kaunter je.x yh bt kje 2x.maaf tnya.sbb x fhm psl baucer tu.

Muhammad Zulhilmi said...

Sebab mesin ni bukan 'online'. Tak sama macam CDM yang kita selalu guna (yang buat masuk duit kertas tu).

Ya, transaksi hanya boleh dibuat pada waktu yang telah ditetapkan. Sesetengah cawangan Maybank beroperasi sehingga jam 12 tengah hari sahaja (Maybank Skudai, Johor).

Kalau hantar kat kaunter, biasanya akan kena caj. Next, proses lambat sebab orang bank selalu sibuk.

Senang je nak pakai mesin ni. Sebelum pergi bank, call mereka dahulu - tanya mesin boleh pakai atau tidak.

Coin tak perlu dikira dan tak perlu diasingkan. Masa masuk coin dekat tempat dia, masukkan sedikit-sedikit. Sebab haritu saya letak sekaligus, mesin jam. Kena tunggu technician datang.

Selepas semuanya selesai, ambil baucer dari mesin, isi nombor akaun, nama, dan no. telefon. Pergi terus ke kaunter yang telah dinyatakan (tak payah ambil nombor).

Semuanya siap dalam 10 minit sahaja. Memang terbaek!

perubatan khalifah said...

erm...maaf bertanya, kalau bg jer tabung duit syiling kat kaunter bank, minta dia settlekan, boleh jugak ker?

Muhammad Zulhilmi said...

Pun boleh, tapi kena caj.

bertukar said...

Bagus bende nie, ini adalah cara paling berkesan untuk mereka yg susah nk menyimpan termasuk aku simpan,tanya member, sanak saudara yg ada duit 5 sen,10 sen mintak tukar dgn diorang, agak2 dah byk boleh tukor, lepas tue keluarkan masuk dlm asb .hendak tapi muka kena tebal laa pasal org duk perati ,ye laa simpan duit pakai 5 /10 senn, tapi nie memang jadi, dlm byk 2 tips menyimpan. siapa kat dunia malaysia .nie akan pegi membeli/pandang duit 5 sen dan 10sen. Alhamdullilah laaa walaupun tak sampai beribu lg. Tapi kalu spesis yg susah nk menyimpan,kira ok laaaa

bertukar said...
This comment has been removed by a blog administrator.
farah ana said...

Mesin deposit tu kat dalam bank atau dkt luar yer..

Nor Hanis said...

Nk tnya jugak.. klu deposit ari nie amaun nya masuk acc ari yg sama jugak ke?

Zack said...

Salam bersalam,
Waktu operasi untuk Coin Deposit Machine ni ikut waktu pejabat atau sama dengan waktu ATM dan Cash Deposit Machine beroperasi?
Terima kasih.

Muhammad Zulhilmi said...

Mesin deposit ada kat dalam bank-bank yang terpilih sahaja.

Nanti keluar resit, kena bawa ke kaunter dan isi nombor akaun dan no. telefon. Bergantung kepada bank, misalnya Maybank, duit akan dimasukkan dengan segera.

Waktu operasi berbeza mengikut cawangan bank. Lebih baik telefon dahulu sebelum pergi untuk kepastian. Di Maybank Skudai Tun Aminah, mesin hanya beroperasi sehingga tengah hari sahaja.

yanaa jazrin said...

Salam. Maknanya on weekdays je lah boleh guna machine ni ye? Office hour je eh?

Anonymous said...

yang aku herannye ... kita dh guna mesin deposit coin (my case Maybank) .. pastu kiranya transfer coin value to our own account (exactly maybank acc jugakla),pehal kena cas??mcm bodo bengong je rasa kena paww!!
bila dah guna mesin maybank .. off coursela kita customer maybank yg ada akaun maybank,tu pon cas ke?what d different with paper money deposit?kena cas jugak ke transfer in to maybank account?(using deposit machine at maybank n tranferring to maybank account) ... batak tahik tol.suma nak cas .. customer tu .. bukan ke bank lain .. mmg sial tol la

khomer said...

Kalo saya masuk syiling dlm mesin jam 6.30 pagi konon line clear skit la pastu kul 10 pagi baru g kaunter utk serah resit atau esok nye ke boleh gak ke

Unknown said...

Kalau hantar kat kaunter die masuk dalam acc ke cash terus?

Anonymous said...

Tpi msa dpositkan dkat BSN xde plak dpat 2 resit juz dpat 1 resit rjukan je n resit pun xdew nyatakan kena g kaunter tpi smpai skag dah 3 hri tnggu tgk duit cam xmsuk je.

Anonymous said...

Xpe t try msukkan syiling rm1 tgk ada prubahan atau still sama. Klau sma patot kena tmpal notis pmberitahuan step by step dari nk dposit smpai dah dposit baru org tau ni diam je mesin pun xtulis apa2. Bukan smua org tau pun cara nak2 mak ayah kita dtang masuk bnyak2 last2 xtau kena buat cmni step sterusnya baru duit masuk ke akaun smpanan.

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...