01 June 2014

Duit Syiling Peringatan Sempena Ulang Tahun Hubungan Diplomatik Malaysia - China ke-40

Insya-Allah, pada 27 Jun ini (hari Jumaat), Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengeluarkan duit syiling peringatan sempena sambutan hubungan diplomatik antara Malaysia dengan China yang ke-40.

Sejak akhir tahun lepas lagi, para pengumpul duit syiling peringatan di Malaysia sudah mula bercerita mengenai 'Duit Syiling Panda' sempena kehadiran 2 ekor panda ke Malaysia yang telah dipinjamkan oleh negara China baru-baru ini.

Nampak gayanya, kali ini tak ada panda... hehehehe (sekali KLCC dengan Tembok Besar daaaaa)...











(sila klik READ MORE)


Berikut merupakan maklumat dan spesifikasi RINGKAS mengenai duit syiling ini:

1- Duit Syiling Peringatan Emas Peruf (Gold Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy): Emas (Gold) 
Berat (Weight): 7.96 gram
Ketulenan (Purity): 99.99

Nilai Muka (Face Value): RM100
Jumlah Keluaran (Mintage): 500 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price): RM1,800 sekotak


2- Duit Syiling Peringatan Perak Berwarna Peruf (Coloured Silver Proof Commemorative Coin) 
Logam (Alloy): Perak (Silver) 
Berat (Weight): 31.10 gram
Ketulenan (Purity): 99.9

Nilai Muka (Face Value): RM10
Jumlah Keluaran (Mintage): 2,000 set sahaja
Harga Jualan (Selling Price): RM200 sekotak


3- Duit Syiling Peringatan Emas Nordic BU [LEBIH DIKENALI SEBAGAI COIN CARD]
(Nordic Gold Brilliant Uncirculated Commemorative Coin) 

Logam (Alloy): Kuprum, Zink, Aluminium, Timah (Copper, Zinc, Aluminium, Tin) 
Berat (Weight): 8.5 gram
Ketulenan (Purity): (mengikut urutan di atas) 89%, 5%, 5%, 1%

Nilai Muka (Face Value): RM1
Jumlah Keluaran (Mintage)25,000 keping sahaja
Harga Jualan (Selling Price): RM10 sekeping


Sudah menjadi kelaziman bagi Bank Negara Malaysia untuk menjual set-set duit syiling ini dalam bentuk set lengkap dan separa-lengkap.

SET OF 2: Emas Nordic + Perak Peruf (Nordic Gold + Silver Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage): 750 set
Harga Jualan (Selling Price): RM250 sekotak 

SET OF 3: Emas Nordic + Perak Peruf + Emas Peruf (Nordic Gold + Silver Proof + Gold Proof)
Jumlah Keluaran (Mintage): 750 set
Harga Jualan (Selling Price): RM2,100 sekotak 


PANDANGAN PENULIS: 
Pada pandangan peribadi saya, keluaran pada kali ini sangat unik kerana tarikh jualan telah diumumkan 4 minggu lebih awal. Ini bermakna para pengumpul boleh membuat perancangan dengan lebih sempurna dan teratur.

Dalam masa yang sama juga, saya amat yakin keluaran kali ini boleh dikategorikan sebagai 'HOT ISSUE' kerana ia melibatkan kerjasama antara dua buah negara BESAR iaitu Malaysia dan China.

Keluaran duit syiling pada kali ini sekali lagi menggunakan teknologi pencetakan berwarna pada duit syiling - iaitu pada duit syiling perak peruf. Teknologi yang sama telah diaplikasikan pada duit syiling Sambutan Jubli Emas Hari Malaysia pada tahun lepas.

Menurut sumber daripada rakan-rakan saya, set-set duit syiling berwarna ini telah ditempa oleh The Singapore Mint. 

Sejujurnya, saya tidak menolak andaian tersebut kerana The Singapore Mint sangat dikenali oleh seluruh dunia kerana mereka mempunyai kemahiran dan mesin untuk membuat duit syiling berwarna. Setiap kali keluaran duit syiling peringatan di Singapura, pasti ada set duit syiling berwarna yang dijual bersama. Namun, ia hanyalah spekulasi semata-mata.

Akhir sekali, apa yang saya perasan ialah kebanyakkan perkataan pada duit syiling tersebut menggunakan Bahasa Inggeris. Mungkin kerana sebahagian daripada duit syiling tersebut akan dihantar ke China? Adakah jumlah keluaran (mintage) yang dilihat 'agak banyak' sebenarnya tidak mencukupi?

Sama-sama kita nantikan.



No comments:

Linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...