Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.
Sebelum itu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakan-rakan saya yang sudi meminjamkan sebahagian daripada gambar koleksi peribadi mereka untuk dipaparkan di blog saya. Terima kasih banyak-banyak.
Pada penghujung tahun 2007, Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan wang kertas peringatan sempena sambutan Jubli Emas Kemerdekaan Malaysia. Wang kertas RM50 edisi khas ini dikeluarkan sebanyak
50,000,000 keping (lima puluh juta keping). Ia telah dibahagikan kepada 2 bahagian - iaitu untuk
dijual dengan folder dan
untuk edaran biasa.
26 Disember 2007 - BNM telah mengeluarkan wang kertas RM50 edisi khas. Ia merupakan denominasi mata wang siri baharu yang pertama dikeluarkan. Ia hanya dicetak sebanyak
20,000 keping (dua puluh ribu) sahaja bermula dengan nombor siri
AA 0000001 sehingga
AA 0020000. Harga jualan rasmi BNM ialah RM60 per set.
Apa yang membezakan wang ini dengan wang edaran biasa ialah
warna keemasan pada bahagian kiri dan kanan wang kertas. Disebabkan rupa dan warnanya yang sedemikian rupa, kami menggelarnya sebagai
GOLDLINE (idaman kepada setiap pengumpul mata wang Malaysia - termasuk saya).
Masih saya ingat lagi harga yang ditawarkan oleh seorang penjual mata wang di Facebook 5-6 tahun yang lalu, iaitu sekitar RM350 sehingga RM400 sahaja. Namun, sekarang harganya sudah melonjak naik sehingga RM700 malahan ada yang sehingga ribuan ringgit (terutama sekali wang yang telah dihantar ke PMG di USA).
28 Januari 2008 - Wang kertas RM50 edisi khas untuk edaran biasa telah dicetak dan dikeluarkan sebanyak
49,980,000 keping (empat puluh sembilan juta sembilan ratus lapan puluh ribu keping). Ia bermula dari prefx
AA 0020001 sehingga
AE 10000000. Jumlah tersebut termasuk prefix wang gantian ZA (replacement note).
|
Wang Kertas Peringatan - Untuk Edaran Biasa Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1uNkWrJ |
Malangnya, wang ini 'tidak bertahan lama' pada awal pengeluarannya. Bank Negara Malaysia (BNM) terpaksa
menarik balik wang ini dari edaran buat sementara waktu. Hal ini demikian kerana timbul beberapa masalah kepada orang ramai.
Antara masalah yang timbul pada waktu itu ialah kebanyakkan mesin deposit wang kertas (Cash Deposit Machine) tidak dapat mengenalpasti wang kertas tersebut lantas telah menyukarkan masyarakat.
Namun begitu, masalah ini telah dapat diatasi beberapa bulan kemudian dan wang kertas ini telah diletakkan semula dalam edaran.
15 Julai 2009 - BNM telah mengeluarkan not RM50 dengan ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan bagi mencegah sindeket pemalsuan mata wang. Ia bermula dengan nonbor siri
AF 0000001 dan akan diteruskan sehingga semua prefix telah diguna pakai. Prefix wang gantian pula bermula dari prefix
ZB 0000001.
|
Wang Kertas RM50 Tanpa Logo Jubli Emas - Edaran Biasa Gambar Ihsan dari eBay http://bit.ly/1oJJtKw
|
Antara ciri-ciri keselamatan yang telah dipertingkatkan ialah benang sekuriti dengan warna ubah-ubah (dari merah kepada hijau) dan unsur cahaya berpendarfluor dua warna (sila rujuk gambar di bawah).
Selain itu, antara perbezaan yang agak ketara ialah tiada lagi logo
'Jubli Emas 50 Tahun Kemerdekaan', angka
'1957-2007',
tandatangan gabenor BNM yang lebih besar, potret Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, perkataan 'BANK NEGARA MALAYSIA' dan 'RINGGIT MALAYSIA' yang lebih kecil.
TAMBAHAN:
Jalur hologram sekuriti
Longlasting Economical Anti-Copy Device (LEAD) dan
JENIS KERTAS YANG DIGUNAKAN juga agak berbeza berbanding dengan wang edisi khas (bagi prefix AF sehingga CZ).
(saya akan update lagi pada masa akan datang).
Ada sebilangan rakan saya berjaya mendapatkan not RM50
goldline ini secara FACE VALUE (
nilai muka) dari edaran biasa. Hampir kesemua wang yang ditemui adalah dalam keadaan CIRCULATED (
iaitu dalam kondisi 'Very Fine').
Pada pandangan peribadi saya, berkemungkinan besar tuan empunya wang tersebut terpaksa memakai wang tadi untuk membeli barangan di kedai. Ataupun anak dia terpakai duit koleksi ayah dia buat beli jajan.